News Photo

PROGRAM IBADAH QORBAN PERDANA

Alhamdulillahi 'alaa kulli haal telah selesainya program ibadah qurban perdana mmppa 1446/2025 melibatkan 12 ekor lembu. Seramai 84 orang peserta telah mengambil bahagian pada tahun ini.
.
Pertama sekali pihak masjid ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 40 sukarelawan yang luar biasa yang telah menyumbang kepada kejayaan program qurban perdana pada tahun ini. Sokongan yang murah hati dan dedikasi tanpa mengira waktu terhadap masjid amat kami hargai.
.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada biro muslimat kerana bertungkus lumus menyediakan juadah makan tengahari. Tidak dilupakan juga kepada pegawai masjid, para ajk dan para jemaah masjid yang turut membantu menjayakan program pada kali ini.
.
Terima kasih atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.

MPPA mengalu-alukan sebarang aduan dan cadangan dari anda bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.