BUAL BICARA BERSAMA UST SYED MOHD NORHISYAM DAN UMY
berlangsung dengan jayanya program Bual Bicara ‘Rahsia Disebalik Ibadah Qurban’.
Ibadah Qurban bukan sekadar sembelihan haiwan. Ia penuh dengan
pengajaran, simbolik dan nilai spiritual yang tinggi. Dalam siri ini, mari kita hayati bersama-sama rahsia yang tersembunyi di sebalik ibadah agung ini. Berikut beberapa point yang dikongsikan :
Qurban: Bukti Taat & Cinta kepada Allah
Nabi Ibrahim A.S. sanggup menyembelih anaknya semata-mata kerana perintah Allah. Inilah kemuncak cinta dan ketaatan. Ibadah Qurban mengajak kita menyemai rasa patuh tanpa syarat kepada perintah-Nya.
Pengorbanan yang Membersihkan Jiwa
Berkorban itu bukan mudah. Ia melatih kita menundukkan nafsu, membuang sifat tamak, dan menanam rasa syukur. Jiwa yang ikhlas memberi adalah jiwa yang disucikan.