News Photo

SAMBUTAN AIDILFITRI

pagi 1 Syawal, suasana di Masjid Mukim Padang Pak Amat begitu meriah dan penuh kesyukuran. Jemaah berpusu-pusu datang seawal pagi, berpakaian serba baharu dan berwajah ceria.
Takbir raya bergema menghidupkan suasana, membangkitkan rasa syukur dalam hati setiap yang hadir. Kanak-kanak berlari riang, manakala orang dewasa bersalaman dan berpelukan, saling bermaafan di hari mulia ini.
Setelah solat sunat Aidilfitri didirikan, khutbah dibacakan dengan penuh penghayatan, mengingatkan jemaah tentang erti sebenar kemenangan.

MPPA mengalu-alukan sebarang aduan dan cadangan dari anda bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.