Masjid Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh, membuka peluang infak kepada para jemaah dan dermawan bagi membiayai pembinaan awning di dataran masjid. Projek ini dianggarkan menelan kos sebanyak RM150,000.00 dan akan memberi manfaat besar kepada jemaah & masyarakat setempat.
Marilah kita merebut peluang amal jariah ini dengan menyumbang seikhlas hati. Semoga setiap infak yang diberikan menjadi bekalan pahala berterusan di dunia dan akhirat.
“Siapa yang membina rumah Allah di dunia, Allah akan bina untuknya rumah di syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Untuk sumbangan, sila hubungi pihak masjid atau salurkan ke akaun yang disediakan.